Kerjaya dan kegiatan politik Mohd_Tajol_Rosli_Mohd_Ghazali

Sebelum memasuki arena politik, beliau pernah menjadi rakan perniagaan di sebuah firma perunding pengurusan.

Pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kenering. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Gerik dari tahun 1978 hingga tahun 1999. Di samping itu, Tan Sri Dato' Seri juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi MARA (1984-1986), dan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1983-1986).

Pada tahun 1986, Tan Sri Dato' Seri telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pada tahun 1990, beliau berkhidmat pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada tahun 1997 sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Pada Januari 1999, beliau telah dilantik sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri.

Penglibatan Tan Sri Dato' Seri di dalam bidang politik bermula sejak 1967 lagi, sebelum bermulanya perkhidmatan beliau di pelbagai agensi Kerajaan. Di dalam UMNO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian UMNO untuk Bahagian Gerik. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Biro Pengguna dan Biro Sumber Manusia UMNO. Di samping itu, Dato' Seri juga adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam UMNO Negeri Perak.

Daripada tahun 1976 hingga 1984, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Grik dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Grik.

Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan kurnia negeri seperti - P.S.M., S.P.S.A., S.P.M.P., D.P.M.P. dan A.M.P.